MENGHUBUNGI PELANGGAN
a) Pelanggan dihubungi untuk mendapatkan dokumen berkaitan bagi proses pengiraan cukai pendapatan dan direkod didalam kemajuan pelanggan.
MENERIMA DOKUMEN DAN MEMBUKA FAIL
a) Dokumen yang diterima daripada pelanggan akan direkod didalam borang penerimanan dokumen bagi memastikan segala dokumen yang diperlukan mencukupi dan bagi mengelakkan kehilangan dokument tersebut.
MEMBUAT PENGIRAAN CUKAI
a) Berdasarkan laporan kewangan beraudit dan dokumen sokongan yang diterima,EK membuat pengiraan cukai pendapatan didalam format yang ditetapkan oleh LHDN.
MEMBUAT TINDAKAN SUSULAN
a) Tindakan diambil keatas surat-surat yang diterima daripada LHDN bagi pihak pelangggan.
b) Surat-surat yang berkaitan penalti atau kompaun dirujuk kepada pelanggan.
MENGUMPUL MAKLUMAT UNTUK LAPORAN KERJA
a) Maklumat pelanggan dikemaskini bagi menyediakan laporan kerja.
HUBUNGI PELANGGAN UNTUK PERSETUJUAN CUKAI
a) Pelanggan dihubungi untuk mendapatkan persetujuan bagi draf pengiraan cukai yang telah dibuat.
PELARASAN CUKAI
a) Pelarasan cukai dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan semasa perbincangan bersama pelanggan.
MELENGKAPKAN BORANG RETAN
a) Sekiranya pelanggan telah bersetuju dengan pengiraan cukai yang telah dibuat,EK perlu melengkapkan borang retan.
MENETAPKAN CAJ PERKHIDMATAN DAN KELUARKAN INBOIS
a) Caj perkhidmatan dikenakan berdasarkan caj ditetapkan oleh syarikat.
b) Inbois yang dikeluarkan diberi kepada pelanggan.
MENDAPATKAN TANDATANGAN PELANGGAN
a) Tandatangan pelanggan perlu diperolehi sebelum tarikh tutup perhantaran borang retan berakhir.
MENYEMAK BORANG RETAN
a) Borang retan disemak bagi memastikan ianya telah diisi dengan lengkap.
MENGHANTAR BORANG RETAN KEPADA LHDN
a) Borang retan mesti dihantar kepada LHDN mengikut tarikh yang ditetapkan oleh LHDN bagi mengelakkan daripada penalti atau kompaun.
MENYERAHKAN SALINAN BORANG RETAN KEPADA PELANGGAN
a) Satu salinan borang retan diserahkan kepada pelanggan sebagai rujukan.
Sebahagian dari kandungan halaman web ini adalah dalam bentuk PDF. Untuk melihat kandungan tersebut anda memerlukan Adobe® Acrobat® Reader versi 5.0 (Win 98) dan versi 7.0 (Win XP).
Sila klik ikon untuk muat turun secara percuma.