HBM TECHNOLOGIES SDN BHD
HBM TECHNOLOGIES SDN BHD merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang telah diperbadankan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 25hb May 1993. HBM TECHNOLOGIES SDN BHD adalah syarikat milik penuh bumiputera yang diterajui oleh empat usahawan bumiputera yang berwawasan dan berwibawa.
Walaupun HBM TECHNOLOGIES SDN BHD masih muda, tetapi dengan adanya kakitangan yang berpengalaman dan komited terhadap kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan, membuatkan kami lebih berdaya saing dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Kami yakin akan dapat mempraktikkan ciri-ciri dinamis sebuah syarikat yang berdaya maju serta teknik pengurusan kerja yang lebih berkesan, berkualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan disamping penjimatan kos penyelenggaraan tanpa menjejaskan kualiti kerja.
Objektif utama HBM TECHNOLOGIES SDN BHD adalah untuk menerokai bidang perniagaan yang meluas dan mendalam bagi menyumbang kepada masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama di negara Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
Sebagai mengorak langkah pertama, HBM TECHNOLOGIES SDN BHD telah melaksanakan kerja-kerja bagi Badan Kerajaan, Badan Separa Kerajaan dan juga Badan Berkanun.
Dengan keyakinan dan pengalaman tersebut, kini kami amat bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja pada masa akan datang yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan penuh semangat dedikasi dan bertekad bagi memastikan kejayaan sebuah syarikat perniagaan bumiputera yang berdaya maju menjelang “Wawasan 2020”.
Laman Utama | Galeri | Hubungi | Lokasi | FAQ
Sebahagian dari kandungan halaman web ini adalah dalam bentuk PDF. Untuk melihat kandungan tersebut anda memerlukan Adobe® Acrobat® Reader versi 5.0 (Win 98) dan versi 7.0 (Win XP).
Sila klik ikon untuk muat turun secara percuma.