HBM PROFESSIONAL SDN BHD
HBM PROFESSIONAL SDN BHD merupakan sebuah syarikat Perunding Latihan, telah diperbadankan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 18hb November 2002. HBM PROFESSIONAL SDN BHD adalah syarikat milik penuh bumiputera yang diterajui oleh empat usahawan bumiputera yang berwawasan dan berwibawa dengan tujuan untuk terlibat secara langsung dalam sektor pembangunan sumber manusia negara melalui penawaran khidmat perundingan latihan yang menyeluruh kepada pelbagai organisasi termasuk swasta, kerajaan dan lain-lain institusi masyarakat.
Pengendalian Latihan
HBM PROFESSIONAL SDN BHD merupakan sebuah anak syarikat HARRISGROUP® yang telah diilhamkan serta telah diperbadankan oleh En. MOHD HARRIS BIN ABU BAKAR sejak tahun 1995 lagi. Syarikat-syarikat lain yang menganggotai HARRISGROUP® termasuklah HARRIS BAKAR MANAGEMENT SDN BHD. (COMPANY SECTARIES), HBM PROFESSIONAL SDN BHD (Mengendalikan Latihan), HBM CONSULTANCY SDN BHD (Mengendalikan Audit) dan HBM TECHNOLOGIES SDN BHD (Mengendali Pembinaan), kini HARRISGROUP® telah berjaya berkembang maju dan merupakan salah satu daripada Syarikat Pakarunding Pembangunan Sumber Manusia yang utama di Malaysia. HBM PROFESSIONAL SDN BHD khususnya yang berkecimpung dalam dunia perundingan mempunyai pengalaman yang luas khususnya dalam bidang pengurusan kualiti, ISO 9000 juga ISO 14000, Penyedia Latihan dan Sumber Manusia, Perunding Statistik, Keusahawanan, Penyedia Skim Latihan Graduan (SLG) dan juga Program Latihan Pengarah Korporat.
BIDANG KEPAKARAN (PERUNDINGAN)
Pendekatan serta metodologi yang digunapakai di dalam program latihannya berjaya didedahkan menurut teknik-teknik pengurusan moden dan juga Islam telah sekian kalinya dapat diterima dan didapati amat sesuai untuk penyelesaian sebarang masalah manusia dan pengurusan khususnya di Malaysia.
Pengalaman dan keperihatinan telah membolehkan HARRISGROUP ® membentuk satu program latihan yang lengkap lagi komprehensif yang lebih dikenali. Kekuatan program ini terletak kepada keupayaan HARRISGROUP® menyampaikan serta menyempurnakan keputusan jangka pendek serta jangka panjang menerusi satu konsep tindakan susulan yang efektif dimana pembabitan dan penyertaan setiap peserta bersama sama dengan organisasi dimana mereka bekerja menerusi Pelaksanaan Sistem ‘Mentor dan Mentee’.
PERUNDINGAN SISTEM KUALITI ISO 9000 & ISO 14000
HBM PROFESSIONAL SDN.BHD. ditubuhkan oleh sekumpulan usahawan professional bumiputera yang mempunyai kepakaran serta pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing. Juruperunding kami terdiri daripada meraka yang telah berdaftar dengan badan professional yang bersesuaian seperti Malaysia Registered Certificated Auditors (MRCA).
Dengan mengambilkira kemahiran dan kepakaran yang dimiliki kami menawarkan perkhidmatan, latihan dan khidmat sokongan di dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001 : 2000) dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001:2004)
Beberapa keistimewaan boleh dinikmati sekiranya memilih HBM PROFESSIONAL SDN BHD sebagai Perunding Kualiti Strategik anda iaitu :
SKIM LATIHAN GRADUAN
Tujuan Skim Latihan Graduan/05 (SLG/05) dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk membantu dan meningkatkan para graduan yang masih menganggur dengan kemahiran khusus seperti Perakaunan Perniagaan dan Keusahawanan bagi memperluaskan peluang mereka mendapat pekerjaan. Justeru HBM PROFESSIONAL SDN BHD telah menjadi salah satu penyedia latihan di bawah skim ini bagi tujuan yang murni ini.
HBM PROFESSIONAL SDN BHD mempunyai kakitangan yang berpengalaman dan komited terhadap kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan, membuatkan kami lebih berdaya saing dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Seterusnya menghasilkan produk-produk latihan yang mantap, effisien serta praktikal untuk diterapkan ke dalam setiap organisasi. Kami yakin akan dapat mempraktikkan ciri-ciri dinamis sebuah syarikat yang berdaya maju serta teknik pengurusan kerja yang lebih berkesan dan berkualiti. Ditambah dengan kekuatan Ahli Lembaga Pengarah yang mahir serta berpengalaman dalam bidang masing-masing. Dengan keyakinan dan pengalaman yang kami miliki, kini kami amat bersedia untuk melaksanakan pelbagai program latihan pada masa akan datang dengan penuh semangat dedikasi dan bertekad bagi memastikan kejayaan seseorang individu yang berdaya maju menjelang “Wawasan 2020”.
Penubuhan HBM PROFESSIONAL SDN BHD mempunyai tiga matlamat utama iaitu :
Sebahagian dari kandungan halaman web ini adalah dalam bentuk PDF. Untuk melihat kandungan tersebut anda memerlukan Adobe® Acrobat® Reader versi 5.0 (Win 98) dan versi 7.0 (Win XP).
Sila klik ikon untuk muat turun secara percuma.