

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi
HARRIS GROUP
HARRIS GROUP merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada beberapa anak syarikat seperti berikut HARRIS BAKAR MANAGEMENT SDN. BHD. , HBM CONSULTANCY SDN. BHD. , HBM PROFESSIONAL SDN. BHD. dan HBM TECHNOLOGIES SDN. BHD. yang kesemuanya telah diperbadankan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kesemua milikan anak syarikat HARRIS GROUP adalah dimiliki penuh bumiputera yang diterajui oleh usahawan bumiputera yang berwawasan dan berwibawa.
HARRIS GROUP mempunyai kakitangan yang berpengalaman dan komited terhadap kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan, membuatkan kami lebih berdaya saing dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Seterusnya menghasilkan produk-produk perkhidmatan dan latihan yang mantap, effisien serta praktikal untuk diterapkan ke dalam setiap organisasi. Kami yakin akan dapat mempraktikkan ciri-ciri dinamis sebuah syarikat yang berdaya maju serta teknik pengurusan kerja yang lebih berkesan dan berkualiti.
Objektif utama HARRIS GROUP adalah untuk menerokai pelbagai bidang khusus pada perkhidmatan dan latihan yang meluas bagi menyumbang kepada masyarakat dan organisasi yang berbilang kaum, bangsa dan agama di negara Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
